Слушать онлайн

Perkasa peraturan Dewan Rakyat hukum YB berbahasa kesat

Persidangan Dewan Rakyat berakhir 30 November lalu menyaksikan ahli Parlimen membahaskan pindaan undang-undang, pemeriksaan dasar kerajaan, meluluskan Belanjawan 2024 dan membincangkan perkara berkaitan kepentingan rakyat.

Namun begitu, persidangan itu turut menyaksikan bagaimana mencabarnya Situs Judi Slot Deposit 10 Ribu tugas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk mengawal ahli Parlimen supaya patuh Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau ada menyebut, «Dengar, saya tidak peduli apa yang berlaku di luar. Kamu pegawai kerajaan ke, kamu ‘general manager’ ke, selagi kamu di dalam dewan saya, ini bukunya…» sambil menunjukkan buku Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat supaya mematuhi peraturan ditetapkan.

Malangnya, situasi tidak menyenangkan ini sentiasa berlaku ketika persidangan. Peraturan mesyuarat sering dilanggar dan kadangkala dicemari dengan pernyataan buruk, menghilangkan adab dan santun seorang pemimpin.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Tahap akauntabiliti legislatif pada tahap tertinggi — Speaker
Perlu lafaz Rukun Negara setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat
Pilihan raya berakhir masa untuk kerajaan bela, penuhi mandat rakyat
Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan — Speaker
Nafi BERSATU ketandusan pemimpin selepas Muhyiddin buat pusingan U
PKR matang, tak akan guna kuasa punggah kekayaan demi kepentingan parti — Anwar
‘Tunggu jawapan PM isu ICERD, Statut Rom’ — Speaker Dewan Rakyat
Biar tak popular asal berjaya perkasa institusi, pulih ekonomi
Seorang pemimpin pasti mempunyai pengikut, penyokong atau sekelompok individu berada di bawah lingkaran pengaruh kepemimpinannya.

Oleh sebab itu, kewibawaan menjadi aspek yang tidak boleh diabaikan seorang pemimpin kerana ciri keperibadian ini yang citra sebagai tokoh patut dihormati dan dapat dipercayai untuk memimpin.

Namun, hakikatnya penghormatan itu perlu diraih, bukan diminta. Kesopanan tutur bicara adalah cerminan kepada akhlak mulia yang sewajarnya dimiliki setiap pemimpin.

Dalam hal ini, ahli Parlimen perlu mengelak daripada berkata kesat dan berbicara yang terselit berbaur perkauman, seksis, menghina dan subversif supaya debat dalam Parlimen menjadi lebih membina dan berkualiti.

Ahli Parlimen harus beringat, rakyat yang memilih dan mengundi mereka menilai dari masa ke masa dan jangan sampai dihukum atas kesalahan menjatuhkan maruah diri dengan kata-kata nista.

Dalam hal ini, berkata baik amat dituntut dalam Islam dan ia sebahagian daripada akhlak mulia. Banyak dalil daripada al-Quran dan hadis menunjukkan kepentingan berkata baik dan kaitannya dengan keimanan. Rasulullah SAW perlu dijadikan teladan untuk berkata dengan baik.

Al-Quran turut mengaturkan keperluan berkata baik menerusi Surah al-Isra’ ayat 53 bermaksud: «Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata amat baik (kepada orang menentang kebenaran)».

Rasulullah SAW bersabda: «Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.» (HR Bukhari)

Berdasarkan pemantauan ketika persidangan Dewan Rakyat, dapat dilihat Peraturan Mesyuarat seperti tidak cukup berupaya menangani isu mengaibkan ini walaupun ungkapan tidak sepatutnya memang tidak dibenarkan mengikut Peraturan 36(4), (6) dan (10) kerana tiada hukuman dikenakan apabila peraturan sedemikian dilanggar.

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan pula, seseorang ahli Parlimen tidak boleh dibicarakan di mahkamah bagi apa saja kenyataan dibuat ketika Dewan Rakyat bersidang, melainkan kenyataan itu berbaur hasutan.

Isu masih berterusan

Perkara ini adalah keistimewaan bagi setiap ahli Parlimen dengan tujuan ahli Parlimen dapat melaksanakan fungsi mereka dengan berkesan, tanpa campur tangan sesiapa bagi mengekalkan kebebasan dan kuasa. Namun, keistimewaan ini datang dengan pertanggungjawaban supaya tidak diselewengkan.

Isu ini dilihat masih berterusan kerana ketiadaan penalti boleh dikenakan sebagai akibat daripada perbuatan dilakukan. Di sini, hukuman berat harus dikenakan sebagai langkah mendisiplinkan ahli Parlimen supaya adab dalam Parlimen dipatuhi.

Kekerapan pelanggaran peraturan sidang dewan mengisyaratkan sudah tiba masanya untuk Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dikaji semula berserta penguatkuasaannya oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat selaku Lembaga Tatatertib Dewan Rakyat.

Penting untuk menguatkuasakan dan memperkasakan peraturan mesyuarat sedia ada bagi melindungi martabat dan status Parlimen. Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional pernah mengeluarkan kenyataan media pada 22 Julai 2022 berhubung perkara ini dan mengemukakan langkah proaktif membendung isu sebegini melalui pindaan Peraturan Mesyuarat 36 seperti berikut:

(i) Pesalah mesti dirujuk secara automatik kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat

(ii) Jika didapati bersalah, mereka akan didenda sekurang-kurangnya RM500

(iii) Hukuman lebih berat harus dikenakan bagi kesalahan berulang, dengan penggantungan secara mandatori menjadi pilihan untuk memaksa parti atau whip parti menguatkuasakan disiplin dalam kalangan ahli Parlimen parti mereka.

Setiap ahli Parlimen dibayar RM400 sebagai elaun kerana menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Cadangan denda sebanyak RM500 disifatkan setara dengan pembatalan kehadiran mereka akibat melanggar Peraturan Mesyuarat.

Penggantungan mandatori ahli Parlimen melanggar peraturan adalah langkah perlu untuk memberi amaran keras. Ia tidak hanya menghukum ahli Parlimen melanggarnya, tetapi juga mendorong parti politik menguatkuasakan disiplin dalaman bagi menghindari kehilangan hak mengundi dalam Dewan Rakyat.

Apa yang penting, pemimpin seharusnya menjadi teladan dalam sikap dan tutur bicara mereka. Fenomena berbahas dengan bahasa kesat, menghina dan mencarut hanya merosakkan kewibawaan Parlimen sebagai institusi penting dalam pentadbiran negara.

Dewan Rakyat mempunyai 222 ahli Parlimen diberikan kuasa untuk menggubal, meluluskan dan meminda undang-undang di peringkat Persekutuan, memeriksa dasar kerajaan dan meluluskan hasil cukai baharu.

Tugas dipertanggungjawabkan harus disandang wakil rakyat mempunyai keupayaan untuk berdebat dengan bernas dan berkualiti. Pindaan peraturan dan langkah tegas diharapkan dapat menjadikan Parlimen institusi lebih dihormati, beretika dan menjunjung tinggi kewibawaan.

Ia menuntut tekad dan komitmen tinggi daripada ahli Parlimen, parti dan kepemimpinan kerajaan sebagai satu daripada proses reformasi institusi dan kerajaan.

другие Новости

Bermain Game dan Menghasilkan Uang: Sensasi yang Menguntungkan  

Bermain Game dan Menghasilkan Uang: Sensasi yang Menguntungkan Siapa bilang bermain game hanya untuk kesenangan? Di era digital saat ini, banyak permainan daring yang tidak hanya menyenangkan tetapi juga menghasilkan uang bagi para pemainnya. Dengan berkembangnya industri game, konsep permainan penghasil uang semakin populer di kalangan pecinta game. Dengan hanya memainkan permainan favorit mereka, para […]

Подробнее

Game Menghasilkan Uang Asli: Lebih dari Sekadar Hiburan  

Game Menghasilkan Uang Asli: Lebih dari Sekadar Hiburan Pernahkah kamu membayangkan bisa mendapatkan uang sambil bermain game favoritmu? Ya, sekarang ini bukan lagi sekadar impian! Bermain game bukan hanya soal hiburan semata, tapi juga bisa menjadi sumber penghasilan yang nyata. Dengan adanya berbagai platform dan aplikasi yang menawarkan kesempatan untuk menghasilkan uang asli, banyak orang […]

Подробнее

Bermain Game dan Menghasilkan Uang Asli: Menjadi Nyata!  

Bermain Game dan Menghasilkan Uang Asli: Menjadi Nyata! Siapa bilang bermain game hanya untuk kesenangan semata? Kini, dengan semakin berkembangnya industri game, ada banyak kesempatan bagi para pemain untuk menghasilkan uang asli dengan bersenang-senang di dunia maya. Fenomena ini semakin menarik karena banyak platform game yang menawarkan cara bagi pemain untuk menghasilkan pendapatan tambahan, bahkan […]

Подробнее